Apakah Maksud Bisnes?

 BERITA dan ARTIKEL TENTANG BISNES
Apakah Maksud Bisnes?
Secara majoritinya, apabila orang melayu berniaga, esok lusa mereka dah target nak jadi jutawan. Inilah masalah atau persepsi yang salah dalam kalangan kita pada hari ini. Bila target tidak tercapai, mulalah rasa putus asa dan tidak mahu lakukan bisnes lagi.

Ini jauh sama sekali dengan bangsa cina apabila melakukan bisnes. Mereka buat bisnes hari ini bukan untuk jadi kaya dalam masa yang singkat tetapi mereka target dalam masa 3-5 tahun akan datang mereka sudah mempunyai aset sendiri melalui hasil usaha mereka dalam bisnes. Mereka lakukan bisnes secara long term. Inilah strategi mereka.

Dalam bisnes, perbetulkan niat anda terlebih dahulu. Apakah sebenarnya bisnes? Apakah maksud bisnes? Pada pendapat saya, bisnes adalah kita menolong orang lain. Jika anda menjadi kaya dalam bisnes, itu adalah satu anugerah. Sebab ada juga yang buat bisnes tetapi hidup dalam keadaan sederhana.

Kenapa saya maksudkan bisnes seperti itu? Sebagai contoh, jika anda buat bisnes t-shirt printing. Anda sebenarnya telah menolong pelanggan anda untuk dapatkan baju seperti yang mereka minta. Bayangkan jika anda tidak buat bisnes tersebut, siapa yang akan menolong mereka nak hasilkan baju seperti yang mereka mahu? Sebenarnya dalam situasi ini anda telah menolong mereka.

Contoh lain. Anda rasa makcik yang jual sayur di tepi jalan mereka semata-mata nak menjual sebab mahu nak kaya atau mereka sebenarnya mahu menolong anda. Secara tidak langsung, mereka sebenarnya telah menolong anda dapatkan sayur untuk anda. Jika mereka tidak menjual sayur, anda nak minta tolong dengan siapa jika mereka tidak menjual sayur? Apa yang anda bayar itu sebenarnya adalah upah mereka kerana telah menolong anda.

Jika Bill Gates tidak menolong kita mencipta microsoft, tidak mungkin pada hari ini akan ada gelaran jutawan internet. Tidak mungkin anda yang sedang buat bisnes online sekarang anda akan dapat buat seperti hari ini. Itulah bisnes iaitu menolong orang.

Anda perlu faham istilah ini. Menolong orang tanpa ganjaran adalah kebajikan, menolong orang dengan ganjaran adalah bisnes, menolong orang tanpa orang tersebut mendapat manfaat adalah penipuan.

Lihat pada Bill Gates. Beliau telah menolong kita mencipta perisian microsoft dan telah menjadi orang terkaya pada hari ini. Kekayaan yang beliau perolehi adalah hasil beliau menolong kita mencipta microsoft.

Jadi cuba lihat pada hari ini. Ramai yang nak buat bisnes semata-mata nak jadi kaya. Ini adalah target yang kurang tepat. Niatlah nak buat bisnes kerana mahu menolong orang lain. Dengan izin yang maha pemurah, dengan menolong oranglah kita akan menjadi kaya.

Istilah bisnes dalam artikel ini adalah istilah yang saya reka sendiri. Tetapi semuanya atas pandangan anda. Bagi saya, itulah bisnes supaya kita tahu apa itu erti bisnes sebenarnya supaya anda tidak mudah berputus asa. Kekayaan perlu dicipta sedikit demi sedikit.
sumber: http://www.faizalias.com/2013/10/29/apakah-maksud-bisnes/
KOLEKSI ARTIKEL

Pengakuan 700 Orang Yang Gagal Mulakan Bisnes

100 idea perniagaan kecil yang boleh jadi perniagaan besar

Panduan Memilih Bisnes: Apa Maksud “Bisnes”?

Apa yang anda perlu kumpul untuk jadi usahawan berjaya

Tahukah anda apa makna perniagaan?

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More